Refleksi
Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran
pembelajaran bagi kemajuan profesion keguruan. Pengalaman pengajaran yang
diperolehi oleh guru-guru sejak mereka mula berkhidmat adalah amat bernilai dan
boleh dikongsi untuk manfaat semua guru. Berasaskan kaedah yang sistematik
dalam refklesi, pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran dan membawa
pengertian kepada semua guru.
Definisi
Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam
bukunya “The Reflective Practitioner”
dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan
reflkesi merangkumi pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan
teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Sacara amnya, refleksi adalah
pengalaman hidup peribadi seseorang itu.
Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di
mana guru-guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara
yang terbaik untuk mengajar murid-murid. Melalui penglibatan dalam pelbagai
aktiviti, guru-guru mempelajari apa yang berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam
bilik darjah. Guru-guru akan mempelajari apa yang penting dan apa yang perlu
dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
Kedua-dua aktiviti yang berkesan dan kurang berkesan boleh
digunakan untuk memperkayakan seseorang melalui pendekatan refleksi sistematik.
Apabila direnung kembali sesuatu tindakan dan akibatnya, guru-guru bukan sahaja
mengingati perkara tersebut tetapi juga memikirkan keputusan yang menyebabkan
perkara tersebut berlaku.
Refleksi atau introspeksi tersebut akan memberi input yang
berharga untuk memperbaiki diri dan peribadi seorang guru. Proses mengingat
kembali faktor-faktor penyebab dan hasil tindakan guru-guru akan memberi
pengertian kepada mereka untuk mengelak perkara-perkara yang kurang berkesan dan
memperbaiki segala tindakan mereka. Guru-guru yang cekap dalam mengamalkan
refleksi juga akan mengalami proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih
bermutu.
Ciri-ciri Refleksi
Memahami ciri-ciri amalan reflkesi akan memberi guru-guru
asas yang baik tentang proses refleksi seperti berikut :
( a)
Proses
Sistematik
Proses refleksi ialah proses yang sistematik
, mengingati kembali dari ingatan pengalaman-pengalaman yang telah berlalu.
Dalam proses sistematik ini, guru-guru memahami dan menjelaskan proses-proses
yang berlaku dari awal hingga akhir bagi sesuatu kejadian supaya mendapat
pengertian dan pemahaman pembelajaran yang baru.
Contohnya, mengingati kembali dan memahami
apa yang berlaku ketika mengajar, apa yang berlaku di minda guru-guru dan
reaksi murid-murid pada setiap langkah pengajaran.
( b)
Bukti
Penambahbaikan
Refleksi juga dapat menyediakan bukti dan
pengetahuan teknikal untuk meramal penyelesaian efektif untuk proses-proses
penambahbaikan. Selepas mengajar sesuatu pelajaran, guru-guru perlu menganalisis
aktiviti pembelajaran untuk menunjukkan hasil positif dan negatif. Contohnya,
dalam sesuatu keadaan pembelajaran dan pengajaran, perkara-perkara yang perlu
dielakkan dan langkah-langkah yang diteruskan apabila sesuatu pelajaran
diulangi perlu diberi penekanan.
( c)
Pengetahuan
Gerak Hati
Refleksi melibatkan penggunaan pengetahuan
gerak hati. Dalam proses refleksi, pembelajaran berlaku melalui teknik inkuiri.
Mengikut pengetahuan gerak hati, guru-guru sentiasa dapat membuat perubahan dan
pembaharuan kepada proses pengajaran.
d)
Meramal
Akibat
Refleksi membolehkan guru-guru menjangka
hasil sesuatu tindakan dan membuat perancangan awal. Guru-guru dapat meramalkan
tentang segala perubahan dan hasil pembelajaran kerana mereka mempunyai
pengetahuan tentang murid-murid mereka.
e)
Menjana
Idea-Idea Baru
Refleksi membantu guru-guru merangka semula
pengetahuan teori yang lampau dengan menggunakan pengertian baru untuk mengubah
pengajaran mereka. Oleh yang demikian, guru-guru boleh menjana idea-idea yang
baru untuk diterapkan dalam pengajaran selepas pengalaman praktikal mereka.
( f)
Berfikir
Secara Kritikal
Refleksi adalah proses pemikiran kritikal
pelbagai faktor yang mempengaruhi pengajaran guru-guru di dalam kelas. Dalam
proses pemikiran kritikal, guru-guru perlu membuat pengubahsuaian kepada
pengetahuan yang diperolehi daripada langkah-langkah pengajaran yang berlaku di
dalam kelas. Guru-guru juga perlu membuat perubahan secara langsung apabila
keadaaan yang tidak dijangka berlaku ketika mereka mengajar.
( g)
Amalan
Etika
Refleksi adalah suatu proses yang menghargai
dan menghormati semua orang. Terdapat satu kod amalan etika yang perlu diikuti
oleh semua guru yang terlibat dalam amalan refleksi. Semua aktiviti
professional dan peribadi dijalankan dengan sikap mengambil berat dan
toleransi.
( h)
Proses
Aktif
Refleksi adalah proses aktif mengingat
kembali, menganalisis dan mencari penyelesaian kepada masalah. Menurut Schon
(1983), ini dibuat melalui refleksi dengan cara-cara yang berikut :-
i. Refleksi Semasa Pengajaran
Merujuk
kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan oleh guru-guru ketika
mereka mengajar. Guru-guru melaksanakan pelan tindakan pengajaran
berasaskan teori-teori yang pernah
dipelajari.
ii. Refleksi Selepas Pengajaran
Refleksi
dilakukan selepas sesuatu pengajaran
dilaksanakan dan ia membolehkan guru-guru memahami apa yang telah dilakukan dan
reaksi murid-murid terhadapnya. Ini menjana beberapa persoalan dan idea-idea
mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika guru-guru mengajar.
iii.
Refleksi Tindakan Susulan
Refleksi ini diamalkan
selepas pengajaran apabila guru-guru menilai dan membuat
kesimpulan
mengenai implikasi untuk tindakan selanjutnya seperti membentuk satu pelan tindakan baru untuk pengajaran
Ciri-ciri tersebut wujud apabila
guru-guru menjadikan refleksi sebagai suatu aspek amalan praktikal pengajaran. Ia
memanfaatkan guru-guru dalam pelbagai cara.
Kebaikkan Refleksi
Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran
teori dan praktikal, pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan interaksi :
a - Menghasilkan perancangan pengajaran yang lebih
baik.
b -
Menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan
bahan pengajaran.
c - Memahami keperluan murid-murid yang pelbagai.
d - Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil
kira semua pilihan.
e - Menjana proaktif dan bukannya reaktif.
f -
Membina cara kreatif untuk memotivasikan
murid-murid.
g - Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang lain.
h -
Memahami diri sendiri dan orang lain.
i. -
Menyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan
tersebut.
Guru-guru akan lebih bertimbang rasa terhadap murid-murid
kerana ebih memahami diri sendiri dan keperluan anak murid mereka. Guru-guru
akan menyedari kesilapan dan kesalahan diri dan tidak akan mengulangi
kesilapan-kesilapan tersebut.
Melakukan amalan refleksi, guru-guru yang berkeyakinan juga
dapat menjalankan kajian secara kolaborasi dengan jayanya dan berkongsi
hasilnya dengan guru-guru lain dalam profesion keguruan.
Kaedah-kaedah Refleksi
Terdapat beberapa model untuk menjalankan refleksi.
Contohnya, model tiga langkah, iaitu RANCANG,
BUAT dan NILAI seperti yang dicadangkan oleh Greenway (1988) boleh digunakan
untuk menjalankan refleksi dalam sistem sekolah.
Dalam satu lagi model oleh Johnson (1998), proses refleksi
boleh dijalankan dalam enam tahap seperti berikut :
(i)
Tahap
Pemahaman
Guru-guru memahami konsep pedagogi atau teori
yang akan digunakan dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlu memahami
teknik-teknik dan kaedah-kaedah kumpulan koperatif sebagai satu strategi
pengajaran.
(ii) Tahap
Transformasi
Dalam tahap transformasi, guru akan
melaksanakan pengajaran dengan sesuatu konsep atau prinsip di dalam kelas.
Contohnya, guru menyediakan rancangan pelajaran harian dengan menjelaskan
langkah-langkah kaedah koperatif secara terperinci.
(iii) Tahap Pelaksanaan
Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan
pengajaran dengan melaksanakan segala langkah-langkah dan prosedur yang
disarankan dalam kaedah koperatif. Guru akan membahagikan murid-murid kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang
ditetapkan oleh guru.
(iv) Tahap Penilaian
Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif
langkah demi langkah dengan mengingati kembali pelajaran yang disampaikan.
Beliau juga akan membuat catatan dalam buku jurnal mengenai prosedur-prosedur
yang diambilnya dalam bilik darjah semasa melaksanakan kaedah koperatif dan
menilai pencapaian setiap langkah pelaksanaan dalam kaedah pengajaran ini.
(v) Tahap Refleksi
Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran yang
dilaksanakan dan merujuk kepada catatan-catatan di dalam buku jurnal serta
mengimbas kembali mengenai respon dan emosi para murid semasa beliau
melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan kaedah koperatif.
(vi) Tahap Pemahaman Baru
Dalam tahap ini, guru mendapat pengertian baru
daripada pengalaman pengajaran dengan menggunakan kaedah koperatif. Beliau akan
memperbaiki rancangan pelajaran harian yang menerapkan kaedah koperatif untuk
mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah ini.
(
0 comments:
Catat Ulasan